Mengapa Pendidikan Karakter islami sangat Penting ?

* Pendidikan yang diajarkan rosulullah adalah pendidikan berkarakter yang paling sempurna. karena Akhlaqul Karimah yang dimiliki nabi dapat merubah dunia. suatu perubahan terjadi karena Akhlaqul Karimah. mustahil kita merubah bangsa, merubah lingkungan, merubah pribadi seseorang, merubah anak didik kita dengan memaksa mereka berubah menurut keinginan kita. akan tetapi Akhlaqul karimah adalah kuncinya. Mengapa nabi Muhammad? karena Akhlaq nabi adalah AL-Qur'an. Wallahu A'lam.

Rabu, 18 April 2012

SISTEM PENDIDIKAN RASULULLAH SAW




Maju mundur sesebuah bangsa itu bergantung kepada ilmu. Bangsa yang mendaulatkan ilmu sebagai makanan kerohanian setiap masa – pagi, petang dan malam – nescaya akan menjadi bangsa yang disegani dan takuti oleh kawan dan lawan.



Tetapi kejayaan di dunia itu, sehingga banyak melahirkan tamadun-tamadun lahir yang hebat-hebat, belum tentu selamat untuk beroleh kebahagian di akhirat. Sebab tamadun-tamadun lahir itu adalah hasil ibadah, dan ibadah-ibadah itu bersumberkan iman!.



Tanpa iman, orang tidak akan mengerjakan ibadah!. Dan tanpa ibadah, manusia tidak faham erti ‘kehambaan’ kepada ALLAH SWT, Tuhan penciptanya!. Lantas, manusia berbuat ikut hawa nafsu dan syaitan semata.



Manusia cenderung menghasilkan tamadun ia sendiri, iaitu tamadun yang rosak dan tidak kekal!. Tamadun Lahir yang terbit dari perasaan tamak dan haloba semata.



Demikianlah produk yang dihasilkan oleh Sistem Pendidikan kita pada hari ini. Sistem yang bertangungjawab dalam mencorak Tamadun Lahir yang dibuat dengan perasaan ‘gah’ di mata dunia!. Pastinya kita tidak mendapat imbalan pahala akhirat sebab bercanggah dengan ‘Lima(5) Syarat-Syarat Ibadah’!.



Dalilnya, kita boleh bina dan kita boleh runtuhkan ia dengan sekelip mata!.



Tidak ada rasa penyesalan!. Apa nak disesalkan!. Bukannya harta benda mak bapak kita!.



Demikianlah sikap bodoh, ego dan sombong kita yang tidak bertanggungjawab – yang tidak selayaknya bergelar ‘Khalifah ALLAH’ di muka bumi!.



Jelasnya, kita telah gagal membina peribadi-peribadi soleh dan solehah dalam masyarakat kita hari ini!.



Produk2 yang lahir dari institusi2 pengajian tinggi ternyata tidak membantu membetulkan keadaan!. Malah mengambil kesempatan pula atas kedaifan orang lain untuk mengaut kepentingan baik untuk diri, keluarga atau kroni. Dan ianya berlaku bukan setakat golongan elit dan pemerintah sahaja, malah orang-orang kampung hatta tok imam sekalipun!. Masing-masing bersikap individualistik dan materialistik!.



Puak Korporat berjiwa sekularis, lebih-lebih lagi la!. Mengaut keuntungan berlipat kali ganda, atas nama Program Pengswastaan Negara!. Hak milik rakyat tiba-tiba berubah jadi hak milik persona!. Sedang benda itu dia dapat percuma-cuma sahaja dan kos relatif!.

Tanpa perlu bersaing dengan siapa-siapa, dan... masih boleh bangkrap!.

Maka jadilah ia seorang yang panas baran, lupa diri, dan lupa daratan!. Sudah tidak ketahuan asal-usul lagi.



Bagaimana ini bisa terjadi demikian?. Bagaimana tebu yang ditanam, dipupuk dan dibaja.. boleh tumbuh jadi buah peria!. Pahit, kelat.. sanggup mengkianati negara dan bangsa sendiri!.



(Itu belum berlaku perang!. Jika di zaman perang, mungkin dia yang pertama cabut lari ke luar negeri bersama anak isteri dan harta kekayaan. Seperti kes gawat yang melanda ekonomi negara baru-baru ini. Hampir sahaja orang bungkus tikar bantal, menukar Ringgit dengan Dollar Amerika.. dan bersantai di luar negara!. Tidak ada rasa bertanggungjawaban!.



Saudara2 harus mengakui hakikat ini. Mungkin saudara merasa tuduhan ini keterlaluan!.



Boleh saja saudara menganggap demikian, kerana ia tidak mengenai batang hidung sendiri atau mengugat kepentingan hidup saudara. Apa kata.. jika habuan yang menyeronok itu datang menyogok diri kepada tuan, samada berupa hamper, saham atau perempuan!. Apa tidak terjengkil mata dan terliuk dibuatnya?. Kiaslah kepada mata benda yang lain!. Kerana apa?. Sebab satu-satunya, iaitu Program Pembinaan Insan belum selesai!. Ringkasnya, Iman tidak ada!).



Baik!. Kembali kita..



Apa kesilapan dasar pendidikan hari ini sehingga tidak menghasilkan produk yang sama sepertimana Sistem Pendidikan Rasulullah. Kerana telah jelas dan nyata, Rasulullah SAW berjaya mengeluarkan produk yang dikatakan, “Menjadi Abid (hamba Allah) di malam hari, dan menjadi Singa (khalifah Allah) di siang hari”.



Apa kelebihan cara Rasulullah itu?. Apa matlamat, dasar dan kaedah pendidikan yang digunapakai oleh Rasulullah SAW sehingga menghasilkan masyarakat contoh yang terbaik di kalangan semua umat manusia.



Apa kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada Sistem Pendidikan Negara – yang sentiasa berubah-ubah itu?. Tidak konsisten!. Sehingga kita merasakan anak-anak kita sebagai ‘testing ground’ sahaja!.



Bagaimana produk akhir boleh kita tidak tahu?.. samada jadi orang atau jadi hantu raya!. Merayau-rayau di shopping2 complex, tanpa arah tujuan!. Tidak tahu peranan dan tangungjawab sebagai rakyat negara merdeka, kalau tidakpun sebagai hamba ALLAH!.



Untuk itu mari kita melakukan bedah siasat, di mana kekurangan dan kesilapan Sistem Pendidikan Negara agar kita tidak disoal siasat sekali lagi di Hari Pengadilan, dan berakhir dengan bertekak sesama sendiri di dalam Neraka Allah SWT. Waliyazubillah!.



Saya akan cuba membuat perbandingan ini melalui cara Rasulullah SAW dan cara kita zaman moden ini dengan melihat kepada tujuan/matlamat, dasar, kaedah/metod, kesan pendidikan Rasulullah SAW, dll.



Untuk itu, pertama-tama sekali kita harus memahami terlebih dahulu apa itu dikatakan ‘Rasul’.



A)                  PENGERTIAN RASUL



Rasul itu Utusan ALLAH, bertangungjawab membawa syariat ALLAH kepada manusia.



Hakikat tugas Rasul adalah ‘Mengajar, Mendidik dan Memimpin”. Mengajar sekadar menyemat ilmu di akal fikiran murid, tetapi ‘Mendidik’ melibatkan hubungan/jalinan/kontak hati antara murid dengan gurunya.



Dan ‘Memimpin’ adalah natijah dari itu, iaitu tidak dinamakan ‘Memimpin’ kalau murid(rakyat) tidak boleh diatur dan diarah-arah!. Semuanya atas kebijaksanaan mendidik.



Baik!.



Perkara 3M ini mestilah dibuat serentak. Sebab ketiga2 itu saling kait-mengait dan bantu membantu dalam menjayakan perjuangan menegakkan syariat ALLAH di muka bumi.



Dalam 3 perkara itu, ‘Mendidik’ (Didik & Asuh) adalah yang terpenting dan teramat sulit sekali. Sebab, tiada ertinya mengajar kalau yang mendengar itu tidak boleh ‘follow-up’ dan berbuat dengan apa yang kita syarah!.



Nak bagi masuk ke dalam benak hati seseorang itu, bukan boleh diajar dan sebut-sebut begitu sahaja. Perlu dibimbing, didorong dan diawasi sepanjang masa. Itulah dikatakan mengasuh dan mendidik ataupun Tarbiah!.



Kerana berjayanya sebuah kepimpinan itu bergantung kepada ketaatan, dan ketaatan adalah hasil dari didikan yang konsisten dan istiqamah!.



Orang tidak akan mengasuh kalau bukan bertujuan untuk jadi orang – boleh dipimpin dan memimpin. Dan tidak dinamakan ‘memimpin’ kalau rakyat tidak boleh disuruh atau dilarang melaksanakan sesuatu tindakan.



Bagaimana dikatakan ‘mendidik/mengasuh’ itu dalam ertikata yang sebenar?.



Untuk mengetahui bagaimana sikap guru seharusnya mendidik, sila baca ‘Perpaduan Ummah Bermula Di Sekolah’.





Kontradiktion 1 :



Kita mengasuhpun tidak!. Setakat mengajar sahaja. Yang penting tugas mengajar sudah dilaksanakan, dan cukup bulan terima gaji!.



Sedang maksud mengajar itu mengkehendaki lebih dari itu. Seseorang perlu korbankan masa, tenaga dan wangnya untuk anak didiknya. Sanggup makan sedulang, tidur sebantal selain ‘mencontohkan’ sikap dan akhlak yang baik kepada anak buah.



Tidak peliklah, pelajar-pelajar sekarang tidak boleh terima arahan guru. Sebab guru sendiri tidak amanah, ambil kesempatan niaga, dan bla..bla.



Apabila didikan tidak masuk ke dalam benak hati dan akal fikiran pelajar, bagaimana kita hendak memimpin mereka kepada kebaikan!. Kalau usaha kita untuk mengatur dan mengarah-mengarah mereka demi kebaikan bangsa dan negara, dipandang sepi dan curiga sentiasa. Lantas usaha pembangunan negara tidak berjalan dengan sewajarnya. Asyik berdemonstrasi dan tidak berminat untuk membangunkan bangsa dan negara. Hala kepada merosakkan itu – banyak!.



Itulah produk yang kita peroleh hari ini, anak watan yang bersikap kurang ajar dan tidak tahu berterima kasih kepada usaha-usaha kerajaan dan jenerasi terdahulu membangunkan negara tercinta. Sonang-sonang saja mereka nak runtuh!.





B) Apa MATLAMAT/tujuan pendidikan dalam Islam?.





Ada dua(2) matlamat pendidikan dalam Islam. Iaitu untuk melahirkan insan yang berjiwa taqwa dan untuk melahirkan insan-insan yang sanggup bekerja sebagai khalifah (duta) ALLAH. Ini dapat dikesan menerusi 2 firman ALLAH TAALA yang bermaksud;



i)             Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku. (Az Zariat: 56)



ii)        Sesungguhnya Aku akan menjadikan di muka bumi seorang khalifah. (Al Baqarah: 30).



Ayat pertama menegaskan iaitu tujuan ALLAH menjadikan manusia ialah untuk menjadi seorang hamba ALLAH yang hidupnya hanya untuk menyembah dan mengabdikan seluruh hidup kepada ALLAH semata. Melaksanakan seluruh perintah (hukum-hakam) ALLAH dalam semua aspek kehidupan manusia, dan menghindari diri dari semua larangan-Nya.



Manakala ayat kedua sebagai khalifah ALLAH bermaksud, untuk melahirkan insan-insan yang sanggup bekerja sepenuh masa dengan kerajaan ALLAH untuk membangunkan syariat ALLAH dan melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh ALLAH.



‘Combination’ antara dua maksud tersebut maka lahirlah ungkapan yang masyhur iaitu, “Menjadi Abid di malam hari, dan menjadi singa ALLAH di siang hari”.



Abid berperanan sebagai hamba ALLAH yang sebaik-baiknya. Singa berperanan sebagai khalifah ALLAH yang sebaik-baiknya.



Maka, dalam usaha memproses manusia menjadi hamba dan khalifah ALLAH sekaligus, maka dapat tidak Sistem Pendidikan hendaklah menjurus ke arah itu!.





Kontradiktion 2 :



Adakah kita mendesignkan kurikulum pendidikan kita mengikut sepertimana kehendak ALLAH itu?. Menjadi Abid dan Singa Allah, sekaligus!.



Tidak sekali-sekali!. Kalau adapun sedikit sekali. Sekadar lalu menyapa angin.. ambil nama saja!. Kalau tidak buat begitu, nanti orang kata menentang arus kebangkitan Islam pulak!. Sebab ini zaman kebangkitan Islam akhir zaman. Orang pakai tudung di mana-mana!. Hatta dalam pejabat orang bukan Islam!.



Justru itu, tidak peliklah Pendidikan Islam tidak dipantau dengan baik. Demi menghasilkan pelajar yang bertaqwa tinggi.



Kerana apa?. Kerana matlamat kita ialah hidup senang di dunia, bukan menjamin untuk mendapatkan kehidupan yang kekal abadi di alam akhirat.



Dalilnya, produk yang lahir bukannya jenis hamba yang hidup mati untuk ALLAH. Tetapi untuk menyembah hawa nafsu dan syaitan semata!. Hidup di dunia ini semata untuk keseronokan wang, kuasa dan wanita. Melaksanakan hukum hakam Allah dalam setiap aspek kehidupan jauh sekali!. Malah sesiapa yang berkehidupan Islam diangggap kolot, jumud dan beku.



Tidak sukar untuk melihat perkara ‘ego alias satanisme’ ini melalui pergaulan bebas, dedah aurat, penipuan, rasuah, dsb.nya.



Kalau diri sendiri sudah tidak terkawal gelojohan nafsunya itu, maka jangan haraplah ia akan menjadi pemimpin (khalifah) yang sebaik-baiknya. Salah-salah kero, habis semua khazanah negara dilesapkannya!.



Tidakkah ini suatu petanda bahawa sistem pendidikan kita tidak menjurus kepada pembentukan diri sebagai ‘hamba dan khalifah ALLAH’.



Tidakkah ini dikatakan perjuangan yang tersasar dari landasan pembinaan insan yang sebenar?.



Bagaimana kita boleh mengatakan sistem pendiddikan sesebuah jemaah Islam itu tidak betul. Sedangkan sistem kita sendiri menghasilkan ‘melaun’ yang menunggu masa sahaja nak menjatuhkan kita(pemimpin) dan menjahanamkan negara!.



So.. bagaimana kita boleh melahirkan jenerasi yang bertakwa, kalau benda semudah inipun kita boleh tertipu hidup-hidup!. Silap programing, katakan!.







C) BAGAIMANA PROSES pendidikan yang digunakan oleh Rasulullah SAW?.



Proses Pendidikan yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk melahirkan manusia-manusia berwatak ‘Abid di malam hari dan Singa di siang hari’ adalah melalui dua peringkat pendidikan, iaitu:-

a)    Peringkat Pembangunan Insan di Makkah.

b)    Peringkat Pembangunan Material di Madinah.



Peringkat pertama mengambil masa lebih kurang 13 tahun, dan peringkat kedua pula 10 tahun. Perlu diingat bahawa sepanjang berlakunya pembangunan material itu, proses pembangunan insan tetap berjalan. Sebab, insan memang perlu dibangunkan selalu kerana ia mudah lupa apabila berhadapan dengan nikmat dunia atau pembangunan material yang mencabar.



Untuk mendidik insan, Al Quran mempunyai ayat-ayat khusus yang disebut ayat-ayat Makkiyah. Yakni ayat-ayat mengenai keimanan kepada ALLAH, kepada Hari Qiamat, dll.



Dengan ayat-ayat yang demikian itu fikiran dan jiwa insan akan menjadi yakin dengan ALLAH, serta cinta dan takut kepada-Nya. Juga yakin dengan Hari Qiamat, bahkan sangat membesarkan dan mengutamakan kehidupan di Alam Akhirat dan cinta dengan Surga.



Dalam pada itu, ayat-ayat Makkiyah akan menjadikan insan takut dengan azab kubur, azab neraka dan kedahsyatan Padang Mahsyar.



Itulah iman. Yakni rasa hati yang cintakan ALLAH, gerun dengan Neraka, dan rindu dengan Syurga di Akhirat.



Bila fikiran dan jiwa terisi dengan keyakinan begitu, maka manusia akan takut dengan dosa dan berlumba-lumba untuk beramal soleh dan berakhlak mulia.



Peringkat pembangunan seterusnya ialah Pembangunan Material sudah tidak jadi masalah. Jiwa-jiwa yang telah dibangunkan dengan Iman dan Islam, rela berkorban untuk menjayakan Tamadun dan Kebudayaan Islam di atas tauhid yang sejati.



Tidak ada lagi curi tulang, tuang kerja, rasuah, tidak amanah, tidak jujur, dll serta yang lebih berat ialah mengkianati agama, bangsa dan negara.





Kontradiktion 3 :



Adakah kita melaksanakan peringkat-peringkat pendidikan yang sedemikian cara, iaitu bermula dengan Pendidikan Insan?. Tidak sekali-sekali!.



Pendidikan Insan (di sini ialah Fardhu Ain sekolah) menjadi pelajaran sampingan yang dibuat pada hari-hari cuti umum atau sebelah petang sahaja. Kita (termasuk sikap ibu bapa) tidak memberi tumpuan penuh kepada pencapaian subjek ini berbanding pendidikan yang menjurus kepada kebendaan (sains, matematik, dll). Sebab apa?.



Sebab di situ terletaknya jaminan hidup di masa depan!. Gara-gara sikap tawakal dan tauhid kepada ALLAH sudah tidak ada.



Kalau keyakinan kepada azab neraka ALLAH sudah tidak ada, apa ‘faktor pengawal’ yang boleh menjaga ia dari melakukan perkara-perkara yang merosakkan diri dan negaranya di hari muka?. Kalau bukannya IMAN!.



Tidak hairan lah, tahun demi tahun, akta dan undang-undang jenayah digubal untuk mengawal mereka-mereka yang abnormal ini. Sehinggalah Malaysia hari ini dikenali dunia sebagai negara yang paling banyak menyakat orang ramai dengan undang-undang!. Tidak bagi can bagi kreativiti langsung! (Dalam kontek JPJ).







D)             Apa dasar pendidikan yang diambil OLEH RASULULLAH SAW?.



Daripada dua(2) proses Pembangunan Insan dan Pembangunan Material di atas, yang lebih ditekankan ialah Pembangunan Insan. Malah, ia menjadi dasar pendidikan yang pertama dan utama sekali diambil perhatian oleh Rasulullah SAW sebelum Pembangunan Material.



Ringkasnya, individu-individu yang hidup dalam sistem jahiliah perlu diubah terlebih dahulu kepada peribadi-peribadi soleh dan solehah, sebelum digerakkan untuk menjalani sistem hidup Islam sepenuhnya.



Matlamat Pembangunan Insan ini ialah untuk melahirkan orang-orang yang membangunkan Al Quran dan Sunnah dalam setiap aspek kehidupan tanpa mengharapkan apa-apa upah. Mereka berjuang menegakkan tamadun dan empayar Islam dengan tujuan untuk menyelamatkan manusia dan dunia amnya daripada sebarang kekejaman dan pemusnahan.



Keuntungan yang diharapkan bukan kekayaan dan kekuasaan, tetapi keredhaan ALLAH dan keampunan-Nya. Itu baharulah bertepatan dengan gelaran – hamba dan khalifah ALLAH yang sesifat sejagat!.

(Maksudnya, boleh lah kita pergi berdakwah ke planet-planet lain sebagai duta ALLAH. Kalau boleh dikatakan begitu!.)



Dengan kata lain, sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh Rasulullah berjaya mengubah fikiran, jiwa dan fizikal manusia sehingga berjaya mencetuskan zaman kegemilangan tamaddun manusia.



Itulah rahsia kejayaan Rasulullah dalam melahirkan generasi contoh, dan membina sebuah negara yang cukup indah sehingga mendapat pujian ALLAH dengan firman-Nya; Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan ALLAH. (As Saba’: 15)



Kontradiktion 4:



Berbeza dengan sistem pendidikan Negara, kita lebih menumpukan usaha kepada Pembangunan Fizikal. Membangunkan Al Quran dan Sunnah dalam setiap aspek kehidupan itu perkara kedua.



Maka berlakulah pencapaian tamadun lahir kita menongkat langit, tetapi tamadun batin kita (akhlak dan sifat kehambaan) merundum jatuh!.



Jelasnya, sistem pendidikan kita hanya mampu mengubah dasar, matlamat dan teknik pentadbiran lahir sahaja. Kita tidak dapat mengubah jiwa manusia sehingga membuat mereka merasakan diri mereka sebagai hamba ALLAH sebenar-benarnya.



Sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Sebab belum tentu negara boleh terbangun, kalau kita mencuaikan Al Quran dan Sunnah!. Tetapi kalau kita mengutamakan Al Quran dan Sunnah dalam kehidupan, Pembangunan Material akan sendirinya akan terbangun dan terbela.



Dan, tidak akan ada orang akan merempuh bangunan pencakar langit KLCC dengan kapal terbang sebagai ‘copyright’ kepada peristiwa 11 September di WTC, New York!.



Krana apa?. Sebab insan sudah terdidik!. Orang tidak akan buat kerja gila seperti itu lagi kerana takutkan dosa!.





E)             APA KAEDAH YANG DIGUNAPAKAI OLEH RASULULLAH SAW?.



Kaedah atau metod yang digunakan oleh Rasululah SAW – mudah sahaja!. Semudah A, B dan C. Tidak perlu pembaris, kompass, alat alur, bangunan air-cond, dll. Hanya pakai batu dan pelepah tamar sahaja!.

(Saja nak ‘smash’ mika yang dok design kurikulum pendidikan.. sampai nak bongkok 3 pelajar-pelajar hari ini kerana pikul beg yang berat!.

Kalau bertambah2 tawaduk sejajar dengan beban beg yang berat tu.. tak apa juga laa!. Tetapi ilmu yang diperolehi tidak setinggi mana, tapi akhlak dan prilaku amat mengecewakan sebagai seorang mukmin!).



Rasulullah SAW menggunakan pendekatan Pendidikan Informal, iaitu suatu bentok pendidikan tidak resmi. Ia berlaku pada sebarang tempat, pada sebarang waktu dan pada sebarang orang, tidak kira kecil atau besar, tua atau muda.



Rasulullah memberi priority kepada pendidikan informal daripada pendidikan formal (resmi) kerana kaedah informal lebih berkesan, praktikal dan memberi hasil yang cepat dan konkrit. Manakala pendidikan formal hanya menambahkan teori-teori yang jarang dipraktikkan.



Sistem Pendidikan Rasulullah ini kelihatan mempunyai maksud untuk melahirkan manusia yang mengamalkan ilmu. Baginda tidak menekankan ilmu yang tinggi atau ilmu yang banyak, sebaliknya memberi keutamaan kepada pengamalan ilmu.



Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda, “Barangsiapa beramal dengan ilmu yang ia tahu, ALLAH akan pusakakan kepadanya ilmu yang dia tidak tahu.” (dikeluarkan oleh Abu Nuaim).



Sehubungan dengan itu, guru mesti menjadi contoh yang baik terhadap anak-anak muridnya. Sikap dan cakap guru sepanjang masa di dalam pergaulannya dengan murid-murid mesti bersifat mengajar dan mendidik. Kiranya berlaku hal yang sebaliknya, ertinya guru itu sudah mengagalkan matlamat pendidikannya supaya anak-anak muridnya beramal dengan ilmu yang mereka perolehi.



Oleh kerana sistem pendidikan Rasulullah tidak memberi penekanan kepada menghafal, mengingat dan menulis kembali ilmu tetapi ialah pada pengamalan. Maka, sudah tentu tidak ada apa-apa sijil kelulusan yang hendak dikeluarkan. Sebab produk akhir yang dikehendaki ialah TAKWA, dan ukuran takwa ialah pada akhlak dan amal soleh. Takwa itulah nilai tertinggi bagi seseorang yang menuntut ilmu kerana ALLAH. Seperti kata pepatah, “Jadilah seumpama padi, semakin berisi semakin tunduk. Jangan jadi seperti lalang, semakin tinggi semakin menyucuk!”.



Dengan kaedah-kaedah di atas, pelajar yang lahir dari sistem pendidikan Rasulullah ialah orang yang terus beramal, bekerja dengan ilmu yang ia dapat, bukan kerana gaji tetapi kerana ALLAH. Ertinya mereka bekerja dengan penuh tanggungjawab, bersih daripada dosa dan maksiat, dan selamat daripada mengharapkan sebarang kepentingan duniawi atau pribadi.



KONTRADIKTION 5:



Berlainan sikap dengan kita sebagai guru di zaman moden ini. Kita memberi segala-galanya kepada pelajar-pelajar kita. Dengan projektor, slaid, komputer, bilik air-cond, dll. Apa yang kita perolehi?.



Memanglah ilmu yang mereka dapat itu tinggi, tetapi adakah mereka beramal dengan ilmu yang mereka dapat itu?.



Tidak sekali-kali!.



Kalaulah demikianlah pulangannya, lebih baik kita mengajar di bawah pokok getah, saja.



Hah.. jangan salah faham!. Samada di bawah pokok getak ke..bawah bangunan ke.. yang penting ialah - Produk akhir mesti TAQWA!.



Maka, cara yang sebaik-baik untuk memproses taqwa ialah melalui pendidikan informal. Sebab ilmu yang diajar secara informal itu (di bawah pokok dan sambil jalan-jalan itu) lebih berkesan dan meresap ke dalam benak hati mereka.



(Seperti kisah apabila Nabi SAW melihat bangkai anjing semasa berjalan-jalan dengan sahabat-sahabatnya, baginda berkata, ‘Inilah Dunia!’. Tersentak jiwa sahabat.. begitu hina sekali dunia ini, sekadar 1 ½ hari penghidupan berbanding akhirat yang kekal abadi!. Lantas mereka terus sujud akur kepada kebenaran Illahi. Tidak ada keinginan untuk curi tulang, dsb.nya).



Dan, insya-Allah, jika kaedah informal ini ditukar stailnya kepada musafir sufi berteknologi, dan belajar dari Universiti Kehidupan, nescaya mereka akan terus mantap, ghairah beramal dengan ilmunya berserta panduan dan tauladan dari guru. Dan, ganjaran dari kaedah ‘mujahadah’ ini ialah TAQWA!.



Dengan taqwa sahaja kita boleh berdepan dengan Amerika dan Stealth B-2 dan sekutu-kutunya.



Dan, dengan taqwa sahaja kita akan beroleh bantuan ‘Rijalul Ghaib’, iaitu tentera-tentera ALLAH sebagaimana firman-Nya, “ALLAH menolong orang-orang yang bertaqwa”.



(Nak harap kepada teknologi, jangan haraplah kita boleh mengatasi kecanggihan senjata mereka dalam masa terdekat ini).





F)             APA PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMAHAMKAN ORANG TENTANG ISLAM



Lain orang lain kekuatan akalnya. Tentunya lain pulalah pendekatan yang digunakan untuk memahamkan orang tentang Islam. Seperti contoh, kalau ia seorang budak kecil, kita sebagai guru hendaklah melakun sebagai budak kecik juga, supaya dia mudah faham!.



Demikianlah pendekatan pendidikan Rasulullah apabila berhadapan dengan umat-umatnya. Hal ini selaras dengan firman ALLAH SWT, “Serulah kepada Tuhanmu secara hikmah dan pengajaran yang baik, dan berhujah dengan mererka secara yang baik”. (An Nahl: 125).



Dalam menunaikan tuntutan hikmah dan bijaksana itu, Rasulullah membahagikan golongan yang menjadi sasaran dakwah dan pendidikan kepada 3 kategori, iaitu:-

a)      Golongan Khawas (istimewa),

b)      Golongan Awam, dan

c)      Golongan Degil.



a)             Golongan Khawas (istimewa) ialah orang-orang yang menerima kebenaran hanya apabila ia disampaikan dengan hujah yang tepat, jelas dan benar. Mereka adalah golongan bijak pandai, cerdik dan berilmu. Mereka hanya akan menerima sesuatu kalau ada dalilnya.



Untuk menghadapi mereka, Rasulullah menggunakan susunan perkataan yang mengandungi hukum yang sahih dan dalil yang terang serta hujah-hujah yang tepat. Hingga dengan itu hilanglah keraguan mereka, bahkan mererka melihat Islam begitu tinggi nilai kebenaranya; mengatasi pegangan-pegangan yang lain.





b)             Golongan Awam pula tidak memerlukan hujah yang ilmiah dalam menerima kebenaran, kerana fikiran mereka tidak diragukan oleh berbagai-bagai persoalan. (Tidak seperti golongan khawas, golongan ini banyak sangat bertanya dan hampir-hampir mereka tidak dapat berbuat dengan suruhan). Sebaliknya golongan awam cukup dengan melihat kebaikan yang ada untuk dibuat pegangan hidup.



Kerana itu Rasulullah mendekati mereka dengan nasihat yang baik. Iaitu dengan mendatangkan iktibar yang memuaskan hati atau yang memberi pengajaran, pendidikan serta ibarat-ibarat yang memberi manfaat.





c)             Golongan Degil ialah golongan yang mempunyai rasa tidak senang dengan sesuatu. Untuk mendekati mereka, Rasulullah mengajak mereka berdailog tentang hal-hal yang tidak disenangi itu.



Dialog itu dibuat dengan sebaik-baiknya, mudah dan lemah lembut. Hujah-hujahnya adalah hujah logik yang boleh diterima akal, demi memadamkan hujah yang membuat hati mereka tidak senang dengan Islam. Hasil dialog membolehkan mereka menerima perintah-perintah ALLAH. Kalaupun mereka tidak bleh terima, mereka sudah tidak ada hujah lagi untuk menolaknya. Contoh hujah sepertimana firman ALLAH, “Katakanlah, kemukakanlah 10 surat yang diada-adakan itu yang menyamai Al Quran. Dan panggilah siapa-siapa yang kamu sanggup selain ALLAH, kalau kamu memang orang-orang yang benar”. (Hud: 13)





Demikianlah 3 pendekatan yang digunakan oleh Sistem Pendidikan Rasulullah. Dan ianya dibuat dengan cara penyampaian yang berbagai-bagai pula, samada dengan menjawab soalan,  mengaju sendiri soalan dan menjawabnya pula atau membuat bandingan dan lain-lain. Segala-galanya dibuat untuk lebih menarik perhatian dan kefahaman. Dan biasanya, percakapan Rasululah itu tepat, ringkas, padat dan tidak menjemukan.





KONTRADIKTION 6:



Adakah kita menggunakan pendekatan seperti itu?. Iaitu membahagikan manusia kepada beberapa golongan pencari kebenaran. Tidak ada!.



Kita mengajar dan bersyarah pakai tangkap muat sahaja. Kita klasified pelajar mengikut kecerdasan I.Q. Yang cerdik kita letak di Kelas A, biarpun dia seorang penentang kebenaran, aktivis sosial lucah ataupun atheis!.



Kerana apa?. Sebab kita hanya mementingkan “Apa sumbangan anda kepada negara?”. Pastinya yaqng kita hendak ialah wang, kuasa dan kemasyhuran.



Sedangkan Rasulullah SAW membahagikan manusia kepada tahap penerimaan mereka kepada kebenaran. Supaya setiap usaha dakwah yang melibatkan masa dan wang tidak sia-sia begitu sahaja kerana tidak menepati golongan sasaran.



Dalam ertikata lain, perbelanjaan ibubapa untuk persekolahan anak-anak mendapat pulangan yang setimpal, iaitu kelahiran anak soleh dengan kos yang minimum!.







G)             APA SUMBER AMBILAN PENDIDIKAN RASULULLAH SAW?.



Seperti dimaklumi, pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah ialah Pembinaan Insan. Sebab tanpa pembinaan insan (iman dan akhlak), pembinaan material akan melahirkan masyarakat yang tempang dan pincang. Keadilan, keamanan dan kebahgiaan hidup masyarakat akan hilang.



Justru itu, sumber utama ambilan Rasulullah untuk mendidik jiwa dan rohani manusia ialah dengan Al Quran dan Hadis. Sebab ALLAH yang mencipta manusia, ALLAH jugalah yang tahu bagaimana untuk membaiki dan mendidik hati-hati manusia.



Kita lihat apa langkah-langkah pendidikan yang diambil Al Quran dan Hadis untuk mendidik akhlak, jiwa dan fikiran manusia.



1)      Mendidik jiwa tauhid agar tumbuh rasa kehambaan yang tinggi terhadap ALLAH SWT. Ini dibuat dengan membawa manusia berfikir tentang kebesaran ALLAH, kuasa ALLAH, kehebatan ALLAH, kebaikan ALLAH, rahmat ALLAH serta nikmatnya.



2)      Mendidik hati agar rasa rindu dengan Surga ALLAH, rahmat ALLAH, keampunan ALLAH, bantuan ALLAH dan lain-lain. Ini dilakukan dengan menyebut khabar-khabar gembira (tabsyir) tentang perkara-perkara tersebut.



3)      Mendidik iman dan taqwa di hati agar manusia berasa gerun dengan Neraka dan azab ALLAH, serta ugutan-ugutan dan kemurkaan ALLAH. Hal ini didapati dengan menyebut perkara-perkara yang menakutkan manusia (tanzir).



4)      Mendidik manusia agar melakukan amal soleh dan berakhlak mulia. Untuk itu, Al Quran banyak menceritakan sejarah hidup para nabi, rasul dan orang-orang soleh agar menjadi panduan kepada manusia dalam menjalani kehidupan sebenar.



5)      Mendidik manusia agar menghindari sifat-sifat jahat dan agar selamat daripada api Neraka. Maka diceritakan perihal orang-orang jahat atau musuh ALLAH seperti Firaun, Namrud, Qarun, Haman, dll.



6)      Mendidik manusia agar memiliki sikap hidup yang khusus sebagai seorang Islam, agar selamat di dunia dan di Akhirat. Maka Al Quran mengajar tentang syariat atau hukum-hakam ALLAH. Ada perkara haram dan makruh yang perlu dijauhi. Ada perkara wajib dan harus yang perlu dibuat.



(Tentang ayat-ayat Al Quran berhubung langlah-langkah pendidikan di atas telah sama-sama kita maklumi. Saya tidak perlu menulis banyak, nanti timbul boring pula..)



KONTRADIKTION 7:



Oleh kerana kita mementingkan pendidikan material untuk membangunkan negara, maka kita kurang menumpukan kepada pembinaan insan (jiwa).



Justru itu, sumber rujukan kita ialah kitab dunia, iaitu Sains Encyclopedia, National Geography, dll. Kita hendak melahirkan saintis-saintis yang terhebat dengan ciptaan-ciptaan yang anggun.



Maka, Al Quran dan Sunnah tinggal jadi bahan pameran dan harapan sahaja. Konon-kononnya, kita sebagai pejuang agama ALLAH tidak mungkin dibiarkan begitu sahaja oleh ALLAH SWT. Pasti akan ditolongnya memeranggi tentera kafir!.



Begitu sekali sangkaan kita, sehingga tidak sempat hendak mencermin diri samada kita layak untuk menerima kurniaan ALLAH sebesar itu.



Nafsu belum sampai ke tahap Mutmainnah, dan iman belum sampai ke tingkat Iman Ayan, kita sudah mimpi Surga!. Betul-betul lah kita ini Mat Jenin punya keturunan!.

Bagi bom sebiji kan!.. baru dia khabor.





H)             AKHLAK RASULULLAH SEBAGAI CONTOH DAN ‘ROLE MODEL’.



Rasulullah SAW mendidik dengan sikap dan akhlak. Apa yang baginda cakapkan, baginda laksanakan.



Inilah rahsia pendidikan yang cukup penting, iaitu guru melaksanakan dahulu sebelum diajar kepada murid-murid. Sebagaimana perintah ALLAH, “Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak berbuat. Amat besar kebencian di sisi ALLAH bila kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan”. (As Saff: 2-3)



ALLAH marah dan benci pada seseorang yang pandai bercakap tapi tidak berbuat. Kerana sikap itu akan mempersia-siakan ilmu. Dia akan membuat orang yang diajar pun bersikap serupa. Sehingga ilmu hanya untuk dibanggakan tapi tidak dilaksanakan!.



Ini bertentangan dengan kehendak Al Quran dan Sunnah itu sendiri. Sebab pendidikan Islam itu mengajarkan cara hidup yang mesti ditegakkan dalam realiti kehidupan, kerana Islam itu ‘Cara Hidup’ (Dinulhayah). Bagaimana hendak dikatakan cara hidup, kalau semua ilmu Islam setakat di akal fikiran (teori semata), bukan dilaksanakan secara praktis dalam semua aspek kehidupan!.



Rasulullah SAW telah membuktikan tentang praktikalnya Al Quran, sekaligus memberi contoh tentang cara hidup Islam yang diperintahkan oleh ALLAH SWT. Sikap dan akhlak baginda itu dicontohi dan dikuti oleh para sahabat. Mereka pelajari di kala Rasulullah bersama-sama mereka. Sembahyang berjemaah, makan sedulang, tidur sebantal. Duduk tidak pernah tinggi daripada sahabat, pakaian tidak berbeza dengan sahabat. Baginda bercakap, berbincang dan bermesra bahkan bergurau dengan sahabat.



Dengan kebenaran dan keindahan Islam yang begitu menarik hati, yang kelihatan pada diri Rasulullah, sahabat-sahabat berlumba-lumba untuk mencontohi Rasulullah dalam apa juga yang baginda lakukan. Rasulullah benar-benar satu figure yang dicintai, dikagumi, dirindui dan dicontohi setiap perilakunya.



Kerana benar dan baiknya sikap dan akhlak Rasulullah itu, maka para sahabat rela hidup semati bersama Rasulullah. Apa kata Rasulullah, ditaati sepenuh hati. Bahkan mereka sanggup mati demi mempertahankan dan melindungi Rasulullah.



Dengan itu, setiap hukum-hakam ALLAH yang disampaikan pada mereka, bukan saja mereka dengar dan patuh, bahkan mereka perjuangkan dengan rela hati sebagai cita-cita hidup. Dan mereka berkorban apa saja hingga rela terkorban segala-galanya demi untuk ALLAH dan

Rasul.



(Kalau hal yang serupa berlaku pada seorang ulama pewaris nabi, janganlah pulak dikatakan pengikutnya ‘taksud’ dengan tok gurunya!. Maka dituduh tok guru mereka hidup bermewah-mewah dengan kereta yang banyak, dll hasil pemberian anak-anak muridnya. Betul ke?.



You’ll jangan nak tuduh orang dakwah macam tuu!..nak kemana sangat sampai kereta berbelas-belas buah. Kita sebiji dua keretapun tak tahu mana nak pergi!. Kalau hilang sebuah, buat tak kisah saja. Malas nak lapur. Kira sodokah saja!.



Dan, orang dakwah ini mereka bersikap ‘zuhud’ dengan dunia. Erti zuhud ialah apa saja kita boleh milikki - kapal terbang, kepala keretapi, bot mewah, bas bertingkat, dll. Tetapi jangan letak di hati!. Letak di tangan supaya mudah nak buat kerja jihad!).



Itulah hasil didikan melalui sikap dan akhlak. Ia mampu membeli hati-hati manusia dan menyatukan hati-hati itu dalam satu barisan yang teratur kukuh. Dan hati manusia tidak boleh dibeli dengan wang, projek, dsb.nya. Sebagaimana firman ALLAH SWT, “Jika kamu belanjakan seluruh kekayaan seisi bumi untuk menjinakkan hati manusia, nescaya kamu tidak dapat melakukannya. Tapi ALLAH-lah yang menjinakkannya”. (Al Anfal: 63)



KONTRADIKTION 8:



Akhlak guru dengan anak murid seperti dicontohkan oleh baginda Rasulullah SAW sedikit sekali berlaku pada zaman kita kini. Sebab utama, kerana guru sendiri telah ‘Cinta Dunia dan Takut Mati’. Gara-gara iman tidak ada!.



Sudah tidak ada lagi keikhlasan dalam amal kebaikan, lebih-lebih lagi apabila ‘amal kebaikan’ sudah boleh dikomersialkan!.



Orang lebih menjaga periuk nasi sendiri daripada berkorban untuk anak bangsa. Ditambah lagi dengan habuan(gaji) yang sentiasa meningkat-ningkat. Maka perhatian dan keikhlasan sudah berubah!. Bukan kerana murid, bukan kerana amal soleh, tetapi kerana gaji!.



Itulah sekularisme.. yang menghantui amal kebajikan yang kita perbuat!. Sudah tidak ikhlas lagi, tetapi kerana wang!.



Maka boleh kah diajak anak murid untuk berjuang jihad fisabilillah!. Untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. Tak osah nak harap lah!.



Kalau dengan guru sendiri pun (penyelamat dunia akhirat) tidak dicinta, terhadap negara lebih-lebih lagi lah!. Iaitu pemimpin negara yang tidak menjalankan amanahnya dengan baik, bertindak zalim kepada mereka yang tidak sehaluan, lebih-lebih lagi negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Mengetap bibir.. geram sepanjang masa.







KESIMPULAN:



Alahai!.. berapa punya banyak Contradiction la?.



Semua aspek sistem pendidikan bercanggah dengan cara yang Nabi SAW buat!. Baik dari segi kaedah, tujuan, dasar, pendekatan dakwah, dll.



Sedangkan itu semua adalah siasah yang wajib dalam Sistem Pendidikan Rasulullah. Satu-satunya sistem pendidikan di dunia yang telah berjaya menegakkan Sistem Islam (hukum hakam Islam) dalam kehidupan manusia sehingga meliputi 3/4 dunia. Siapa lagi yang hendak kita tiru dan contohi kalau bukan kaedah yang nabi buat!.



Jelasnya, kita manusia bergelar umat moden abab ke 22 masih meraba-meraba mencari suatu kaedah pendidikan yang boleh menjadikan menusia sebagai seorang hamba dan khalifah ALLAH yang sebenar-benarnya.



Apa rahsia kejayaan Rasulullah SAW sehingga berjaya membentuk manusia menjadi ‘sebagai Abid di malam hari, dan pejuang ALLAH di siang hari’ itu?.



Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana Rasulullah mempunyai sahabat-sahabat seperjuangan yang berhati ‘Zuhud’ dengan dunia. Hati mereka tidak terpaut dengan dunia yang sementara. Kerana hati mereka terpaut dengan kehidupan Akhirat yang kekal abadi. Justru itu, mereka bertindak memperalatkan dunia untuk tujuan memburu Akhirat, kerana ‘Dunia itu tanam-tanaman untuk ke akhirat’. (hadis).



Dengan adanya sahabat-sahabat Rasulullah yang berjiwa sedemikian, maka dengan mudah dan cepat Sistem Hidup Islam atau hukum ALLAH itu tertegak dalam kehidupan masyarakat. Dengan iman dan taqwa mereka cukup berani untuk memecah tradisi hidup jahiliah untuk digantikan dengan Islam.



Amalan Islam yang adil, berakhlak dan sesuai dengan fitrah manusia yang mereka amalkan membuatkan orang ramai tertarik sehingga mendorong mereka masuk Islam serta turut sama membangunkan cara hidup Islam.



Kejayaan sedemikian berpunca daripada pendidikan insan (jiwa) yang menjadi ‘priority’ dalam proses pendidikan Rasulullah SAW. Baginda mendidik hati agar zuhud dengan dunia, dan sebagai gantinya baginda menanamkan rasa cinta kepada kehidupan akhirat.



Dengan adanya sifat zuhud maka manusia tidak terhalang untuk melaksanakan dan memperjuangkan hukum-hakam ALLAH dalam kehidupan manusia sejagat. Secara otomatiknya, pembangunan fizikal turut berlaku yang memungkinkan lahirnya Tamadun dan Kebudayaan Islam yang sebenar. Tamadun dan budaya yang suci murni terbit dari hati hamba dan khalifah ALLAH yang bertaqwa.



Inilah yang diberi pujian oleh ALLAH SWT sebagai, “Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan ALLAH”.



Dan, sewajarlah mereka mendapat bantuan ALLAH terhadap orang-orang kafir sebagaimana janji-Nya, “ALLAH menolong orang-orang yang bertaqwa”.



Sekian.



Akan bersambung... ULASAN MUJAHID



APIPI@Abuya.Jr.001



16102001


(Kuliah di atas dipetik dari buku ‘Pendidikan Rasulullah’ oleh Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi dengan sedikit tambahan oleh penulis).

SARAN DAN KRITIK SANGAT BERMANFAAT BAGI KAMI.